Colombus, Amerika Syarikat – Seorang ibu di sini bertindak meminta polis untuk ‘menahan’ anak lelakinya yang berusia 10 tahun selepas kanak-kanak itu bersikap biadap terhadap gurunya.
Chiquita Hill , 33, berang selepas mengetahui anaknya, Sean biadab terhadap gurunya dan sering tidak membuat kerja sekolah.
“Saya dipanggil ke sekolah dan guru Sean mengadu mengenai sikap anak saya yang suka melawan cakap guru, biadap dan tidak membuat kerja sekolah.
“Kerana terlalu berang saya terus menghubungi polis dan meminta anggota polis datang ke sekolah untuk ‘menangkap’ anak saya,” katanya.
Ujarnya, pada mulanya Sean menganggap dia hanya bergurau dan apabila dua anggota polis tiba dia mula menangis.
SUMBER
0 comments