Monday, May 25, 2015

Gambar Wanita Tabah Kehilangan Anak Jadi Viral

Gambar Wanita Tabah Kehilangan Anak Jadi Viral : Gambar seorang wanita bertudung labuh tersenyum memangku jenazah anaknya tersebar di laman sosial.

Gambar Wanita Tabah Kehilangan Anak Jadi Viral

Ruqayyah Farhani, memuat naik gambar dirinya memangku jenazah anaknya yang meninggal dipercayai kerana tidak cukup bulan.

Difahamkan, bayinya Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, hanya ‘dipinjam’ selama 14 hari. Namun 14 hari itu sangat bermakna buat Ruqayyah. Bagaimanapun beliau redha dengan apa yang telah tertulis.

“Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi ‘syafaat’ buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :’)

Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.

Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama,” katanya.

Gambar Wanita Tabah Kehilangan Anak Jadi Viral

Ramai rakan-rakannya mengucapkan takziah dan memberikan sokongan agar Ruqayyah tabah menghadapi dugaan yang diberikan.

Sesungguhnya diri wanita ini begitu tabah. Tidak semua orang mampu mengukir senyuman sepertinya bilamana orang yang disayangi itu telah pergi buat selama-lamanya.

Marilah kita sama-sama mendoakan kembarnya, Marsya agar segera berada dalam keadaan yang sihat.

Semoga kisah seperti ini memberi kita kesedaran agar lebih tabah ketika menerima dugaan dan ujian dariNYA. Amin.

Al-fatihah…
sumber – thehypemedia
Load disqus comments

0 comments