Kalthum Omar atau dikenali sebagai Mak Som berusia 77 tahun pernah mengunjungi Baitullah sebanyak dua kali dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH.
Rayuan Ibu Lina Joy
Ogos 2006 – Di hadapan kaabah, seorang wanita bertubuh kurus dari Malaysia sedang menadah tangan, berdoa. Airmatanya tumpah ke bumi Mekah. Dia tersedu sedu ketika bibirnya mengucapkan satu persatu luahan hatinya untuk dikongsikan kepada ALLAH s.w.t.
Ini bukan kali pertama wanita berumur 70 tahun ini menjejakkan kaki ke Mekah. Sudah dua kali wanita tersebut mengunjungi Baitullah dengan membawa satu satunya harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH. Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.
Selama dua minggu diMekah, wanita itu menyerahkan dirinya bulat bulat kepada ALLAH. Sakit pening yang tiba tiba menyerang kesihatannya digagahi jua. Dia sedar hanya itu jalan terakhir kerana wanita tersebut yakin ALLAH masih sayangkan anak gadisnya.
Awal oktober lalu ketika umat Islam menunaikan badat puasa, Mastika berdiri dihadapan rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Kedatanga kami yang tidak berjemput pagi itu disambut seorang tua. Adakah wanita di hadapan kami ini yang kami cari cari selama ini? Berbaju dan bertudunbg putih, berumur lingkungan awal 70an. Apabila kami menyebut namanya, wanita ini diam. Tetapi apabila disebut nama Lina Joy, tiba tiba saja air mukanya berubah hiba.
“Ya, memang sayalah ibunya. Saya yang melahirkan Alin dan saya jugalah yang membesarkannya,” tutur wanita ini tersekat sekat kerana terlalu sedih. Kami diberitahu Alin merupakan pangilan manja seluruh ahli keluarga kepada Lina Joy. Kami berbual bual biasa dulu.
Bertanyakan khabar kemudian bertanya tentang wanita ini ke Mekah dua bulan yang lalu. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan? Berkali kali wanita ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana diberikan peluang sekali lagi mengerjakan umrah.
Meskipun selama tiga hari di Madinah dia diserang demam panas namun berkat sokongan saudara mara dan rakan rakan, akhirnya wanita ini telah menyudahkan segala suruhan Allah.

“Alhamdulillah … mak cik bersyukur,” ucapnya perlahan.
Dari raut wajahnya jelas ibu ini cukup tabah. Dugaan yang dihadapinya bukan sedikit namun dia masih mampu tersenyum. Kata ibu tunggal kepada enam anak ini, sejak suaminya meninggal dunia pada tahun 1995, dia tinggal bersama dua orang anaknya. Yang lain pula sudah berkeluarga.
“Mak cik redha bila kehilangan suami. Allah lebih sayangkan dia. Mak cik gembira bila anak anak tidak pernah lupakan mak cik,” tutur wanita ini.
Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, wanita ini tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998 Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.
Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu Islam.
Majalah Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som untuk mendapatkan perkembangan lanjut tentang ‘Alin’ panggilan keluarga kepada Azlina yang merupakan anak ketiga daripada enam beradik.
Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke tempat lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal sebumbung dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal dengan seorang rakan.
Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja. Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan.
Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.
Mulanya wanita ini anggap Alin bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.
Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.
Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang kawan.
“Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk,” cerita wanita ini.
Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari agama Islam?
Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang menjenguknya.
“Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada, yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul surat itu juga belum pernah mak cik dengar.
“Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang dikirim itu atas nama LINA JOY,” luah wanita ini.
Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke alamat rumah wanita ini.
Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.
“Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy itu namanya,” cerita ibu ini kepada Mastika.
Dalam diam wanita ini terkedu. Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada Lina Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah? Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?
Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan sepejabatnya di luar.
“Tetapi Alin kecewakan mak cik,” tutur wanita ini sambil mengesat air matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang anak gadisnya, Alin.
Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Apa yang lebih memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA JOY.

“Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.
Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang,” kata wanita ini lagi.
“Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita ini.
Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri.
Kenapa Lina Joy murtad?
Lina Joy berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.

Menurut laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu ini akan berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Mak Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya walaupun keadaannya telah berubah.
“Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali merestui anak saya murtad.
”Saya telah mendidik anak saya sebagai orang Islam dan dia masih beragama Islam, katanya dengan nada sedih.
Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.
“Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.
“Dia juga berpuasa dan sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa, jelasnya.
Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia balik ke rumah meraikan bersama-sama.
“Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,” katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak pernah diduga keluarganya.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang ke pangkuan mereka.
“Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya, ” katanya.
Sedikit Info Tentang Lina Joy
Nama asalnya ialah Azlina Jailani. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu, keturunan Jawa dan berumur 42 tahun. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya dan menetap di Taman Dato’ Tan Yeiw Lai, Kuala Lumpur.
Beliau pernah memohon untuk ditukar namanya kepada Azlina Lelani pada tahun 1997 tetapi ditolak disebabkan alasan telah bertukar agama Kristian.
Permohonan kedua untuk menukar nama kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan kad pengenalan baru tertera perkataan Agama Islam. Ayahnya bernama Jailani bin Shariff dan ibunya bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan cara hidup sebagai Muslim.

Azlina mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil baptis yang dikeluarkan pada 11 Mei 1998 dilahirkan oleh ibu bapa Melayu pada 1963.
Dia menukar agama Islam kepada Kristian Katolik pada usia 26 tahun pada 1998. Dia telah dibaptiskan dan cuba mendapatkan pengesahanan daripada Mahkamah Malaysia, tanpa melalui mahkamah syariah.
Namanya di dalam kad pengenalan berjaya ditukar kepada Lina Joy pada 1999. Selagi dia dikatakan sebagai orang Islam, Lina Joy tidak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian, seorang kaum India. Sebaliknya pasangannya hendaklah menukar agama kepada Islam.

0 comments