Saturday, May 23, 2015

Siswi Dirogol Dan Dibunuh Gara-Gara Enggan Meminjamkan RM2.74


Yogyakarta: Seorang siswi dari Universitas Gadjah Mada telah ditemui mati di rumahnya apabila dipercayi telah dirogol dan dibunuh.

Seorang penggemis, Reza Muhammad Zam, 20,  telah berjaya ditahan dan dia megaku membunuh dan merogol seorang siswi tersebut kerana mangsa enggan meminjamkan wang yang berjumlah Rp10,000 (RM2.74).
Suspek berkta dia amat berang selepas mangsa, Eka Maya Sari, 27, hanya memberikan dua gelas kopi kepadanya.
Berdasarkan soal siasat, Reza memberithu dia telah ke gerai makanan milik Eka pada 2 Mei lalu kerana mahu meminjam wang berjumlah Rp10,000 (RM2.74) untuk membeli makanan.

“Eka memberitahu, dia hanya ada wang untuk berniaga dan hanya menghidangkan saya dua gelas kopi.

“Saya terdesak dan mahu meminjam wang untuk makan serta belanja pulang ke kampung.

“Saya tidak mempunyai rakan atau saudara untuk meminjam wang,” katanya ketika ditemui wartawan di ibu pejabat polis di sini, semalam.
Kerana terlalu marah, Reza telah memukul tengkuk Eka sehingga pengsan dan mengheret mangsa kedalam rumahnya.
Suspek itu dikatakan cuba merogol mangsa tetapi wanita itu tersedar menyebabkan dia memukul lagi wanita itu sehingga mati.
Sebelum beredar suspek telah mengambil wang berjumlah Rp575,000 (RM158) dan dua telefon bimbit milik mangsa.
Polis telah berjaya memberkas suspek di rumah ibunya di Kebumen, Jawa Tengah. - Siakapkeli.my
Load disqus comments

0 comments