ISTANBUL - TURKI. Selepas menghantar kapal bantuan, kerajaan Turki bertindak menyalurkan bantuan sebanyak USD 1 juta sebagai bantuan kemanusiaan untuk menyelamatkan pelarian Rohingya.
Agensi berita Turki, Hurriyet Daily melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan menghubungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 20 Mei lepas untuk memaklumkan perkara tersebut.
Selain itu, Erdogan juga mengucapkan terima kasih kepada Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam usaha membantu pelarian Rohingya.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoğlu memaklumkan bahawa tentera laut Turki sudah mula memulakan operasi menyelamat di perairan Malaysia dan Thailand pada 19 Mei lepas.
Katanya, operasi tersebut yang dibantu oleh Organisasi Migran Antarabangsa (IOM) dan angkatan bersenjata Turki akan melakukan sedaya-upaya untuk menyelamatkan mana-mana bot pelarian Rohingya yang terkandas.
0 comments