“Apa pun orang nak cakap, kita buat untuk semua terhibur jika anda tak puas dengan persembahan kami maaf kami ucapkn sebab tiada manusia yang perfect. Tak salah untuk mengkritik tapi jangan sampai menjatuhkn air muka. Kalau tak suka, cakap tak suka…simple in my life,” luah Abam di Instagram.
Luahan tersebut khabarnya disuarakan kerana Ogy selaku juri telah memberikan kritikan tajam mengenai kumpulan Bocey yang menjadikan Abam sebagai objek jenaka dan turut memberitahu jika mereka menang adalah atas Abam sendiri dan bukannya di atas kehebatan persembahan.
“Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?”
“Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undianlah. Kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih,” kata Ogy dipetik dari portal OhBulan!!
Sebagai seorang penghibur yang versatil, mungkin juga kumpulan Bocik akan tampil dengan jenaka baru. Kritikan adalah demi untuk kebaikan. Apa pun, semoga Abam dan kumpulan Bocik sentiasa maju dalam menghiasi industri hiburan tanah air. (rtky/s)
0 comments