FBI memberitahu ABC bahawa Simpson menjadi suspek berdasarkan penghantaran satu mesej Twitter berbunyi "#TexasAttack" (Serangan Texas) sebelum kejadian tembakan itu. Kejadian itu dengan segera mencetuskan komen kerana ia menyerupai insiden tembakan pada Januari lalu membabitkan ibu pejabat majalah mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo di Paris yang meragut 12 nyawa manakala 11 lagi cedera. Pihak berkuasa Amerika Syarikat masih menjalankan siasatan dan polis berkata masih tidak jelas untuk mengaitkan serangan di Texas itu berhubung kait dengan kejadian di Paris. Rumah Putih berkata, Presiden Barack Obama sudah pun diberikan taklimat. Satu kumpulan dikenali sebagai American Freedom Defense Initiative (AFDI) - yang disenaraikan sebagai pertubuhan pemerhati hak asasi dengan Southern Poverty Law Center dan juga anti Muslim - adalah penganjur pameran berkenaan di pinggir Dallas. Polis berkata, dua lelaki memandu memasuki pusat persidangan di Garland - di mana AFDI memaparkan satu pertandingan mengenai karikatur Nabi Muhammad - terus keluar dari kereta dan melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan. "Anggota polis Garland berbalas tembakan dan kedua-duanya ditembak dan mati," kata polis Garland dalam satu kenyataan. Pengawal berkenaan ditembak di kaki dan dirawat di hospital. Polis tembakan berkata, kejadian tembakan berlaku dalam banya beberapa saat dan penganjur berkata mereka sudah pun menyediakan kawalan lebih ketat untuk majlis itu. - AFP
Pameran Kartun Nabi Muhammad Diserang

0 comments