Thursday, May 21, 2015

KISAH MENYERAMKAN KAPAL BERHANTU DI SELURUH DUNIA

Kisah Menyeramkan tak hanya berlaku di daratan,malah di lautan juga ada kisah kisahnya yang tersendiri,Namun kewujudan hantu itu tidak wujud dan yang menjadikan gangguan sebegini adalah dari syaitan dan iblis yang telah berjanji mahu menyesatkan seluruh Anak Adam.

Baiklah,Kisah Kapal Berhantu Paling Seram Di Dunia-Bagi mereka yang gemarkan aktiviti dan bertugas di laut, pelbagai cerita aneh dan misteri yang pernah berlaku di laut lepas mungkin pernah diceritakan dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi..Tapi tahukah anda, terdapat 5 cerita mengenai kapal berhantu yang paling terkenal di dunia. 



 

1. The Octavius 
Cerita ini bermula apabila sebuah kapal penangkap ikan paus bernama ‘Herald’ ketika tahun 1775 di lautan Artik secara tidak sengaja menemui sebuah kapal besar terapung-apung di lautan. Ketika di dekati, baru mereka ketahui bahawa kapal tersebut mempunyai nama pendaftaran iaitu The Octavius. The Octavius juga merupakan sebuah kapal penangkap ikan paus namun tidak ada sebarang tanda-tanda kehidupan di atas kapal tersebut hinggakan seorang krew kapal Herald memberanikan diri untuk menaiki kapal tersebut.

Tambah mengejutkan krew tersebut menemui puluhan mayat krew kapal The Octavius yang sejuk membeku, dikatakan krew-krew tersebut mati kesejukan setelah lama tersesat di lautan Artik dan kehabisan bekalan makanan. Yang paling menyeramkan ialah apabila mereka mengetahui yang kapal The Octavius telah dilaporkan hilang selama 13 tahun yang lalu dan selama tempoh waktu tersebut, kapal itu hanya terumbang-ambing di lautan tanpa sebarang hala tujuam. Semenjak penemuan kapal tersebut disiarkan secara meluas di dada-dada akhbar, banyak kapal-kapal penangkap ikan melihat lembaga kapal The Octavius di Lautan Artik dan  ketika cuba di dekati, kapal tersebut dengan pantas hilang di dalam kabus.

2. The Joyita
Pada tahun 1955, sebuah kapal telah disewa oleh sekumpulan nelayan seramai 25 orang untuk digunakan bagi menangkap ikan di perairan Pasifik Selatan. Dalam persetujuan antara pihak penyewa dan pemilik kapal, penyewa harus memberi laporan semasa setiap satu jam sekali, namun pada jam ke-7 kapal tersebut tidak melaporkan diri. Demi keselamatan anak kapal, maka pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk mencari kapal tersebut.

Hasil pencarian pasukan mencari dan menyelamat itu, kapal The Joyita telah ditemui 5 minggu kemudiannya terapung-apung sejauh 600 batu, atau 1000km dari tempat ia dilaporkan hilang.

Ketika kapal itu dijumpai, tiada seorang pun dari 25 anak kapal tersebut di temui. Pasukan mencari dan menyelamat turut menemui kerosakan yang dikatakan berpunca daripada perbuatan sekumpulan lanun yang telah menyerang kapal ini. Dari hasil siasatan pula, mereka turut menemui beberapa kesan darah di dek kapal, di mana kumpulan lanun dikatakan telah  membunuh semua krew kapal tersebut dan mayat mereka dilemparkan ke laut.

3. The Lady Lovibond
Lady Lovibond merupakan sebuah kapal yang digunakan sepasang pengantin baru untuk percutian bulan madu mereka. Pada waktu yang sama, bebeberapa orang krew juga turut serta dalam kapal tersebut. Salah seorangnya adalah bekas kekasih si isteri yang tidak diketahui oleh si suami yang bernama Simon Peel. Kerana dendam kesumat, bekas kekasih si isteri tadi telah membunuh pasangan pengantin baru itu dan kesemua krew yang ada dengan belati. Setelah melakukan pembunuhan kejam tersebut, dia mengemudi  kapal tersebut ke kawasan batu karang bagi menenggelamkannya pada 13 Februari 1748.

Cerita seram laut itu masih ada hingga sekarang. Laporan terakhir dari para nelayan, mereka pernah melihat kapal tersebut pada tahun 1998 ketika melintasi kawasan batu karang iaitu tempat sama kapal tersebut tenggelam.


Ini adalah antara kisah kisah yang menjadi bualan,masih terdapat banyak lagi kisah-kisah memyeramkan yang berlaku di lautan,sama ada ia rekaan atau gangguan sebegini benar berlaku,Wallahualam,Hanya Allah Swt Yang Maha Mengetahui Segalanya.

Sumber: Drysheet
Load disqus comments

0 comments