MIRI - Seorang pengguna Facebook, Azizan Lido, berkongsikan pengalaman cemasnya dimana rumahnya hampir dipecah masuk.
Dalam kejadian itu, suspek didapati cuba memecah masuk rumah mangsa di Fasa 5, Lorong Jati 8, Taman Senadin, Miri.
Difahamkan, mangsa yang berada di luar pintu rumah menyedari tindakan lelaki itu segera masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu depan dan belakang.
Menurutnya, suspek yang menyedari tindakan mangsa berang dan sempat mengajak mangsa bergaduh.
Azizan segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan mereka tiba tidak lama kemudian.
Lelaki itu berjaya ditahan dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, Azizan berasa kecewa dan sedih berikutan tiada sebarang tindakan dari jiran-jirannya yang juga turut menyaksikan kejadian tersebut.
"Paling sedih, apabila jiran-jiran yang mampu tengok dan buat hal masing-masing. Sini ramai orang, tetapi macam tak ada orang," keluhnya. - THEHYPEMEDIA
0 comments