Friday, May 22, 2015

[video ucapan Muhyiddin HENTAM 1MDB] MUHYIDDIN YASSIN BERSUARA GARANG


MUHYIDDIN YASSIN SUDAH BERSUARA GARANG

Sekarang para pemimpin UMNO sudah sedar dari lamunan mereka bala yg menimpa UMNO akibat skandal 1MDB. Yang masih belum sedar, khayal dengan retorikanya sendiri dan mimpinya, ialah Najib PM merangkap menter kewangan merangkap pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Muhyiddin dengan tegas mendesak semua lembaga pengarah 1MDB letak jawatan dan polis kena siasat dan heret mereka ke pengadilan.

 Bagus dan berani ucapan itu. Tapi bapa segala ahli le...mbaga yg perlu letak jawatan sebagai PM merangkap menteri kewangan dan pengerusi penasihat 1MDB ialah Najib Razak sendiri.

Ini babynya. Ini angkara dari dia. Bala yang dibawa 1MDB pada negara dan rakyat ialah Najib. Betul kata Muhyiddin kalau hendak pulihkan kembali sokongan rakyat pada UMNO bala 1MDB mesti selesai segera. Kenduri tolak bala dengan mengorbankan 10 ekar kerbau dihanyut ke laut untuk makanan syaitan dan hantu dan puaka tak memadai.

Semua yang terlibat, secara langsung atau pun tidak langsung, dlm skandal 1MDB ini dari mula sampai sekarang mesti diheret ke mahkamah.

 Rakyat tak akan sokong UMNO kalau hanya beberapa orang ahli lembaga 1MDB saja yang dikenakan hukuman. Kalau Najib pemimpin yang bermaruah ada hargadiri meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan pribadi sila letak jawatan sebagai menteri kewangan sekarang.


Jangan ganggu siasatan polis, SPRM, Jabatan Audit Negara dan PAC. 1MDB mesti melantik juruaudit antarabangsa untuk menyiasat segala akunnya sejak 2009 sampai sekarang. Pihak polis, SPRM patut heret cina jutawan sahabat karib Najib dan Rosmah,Jho Low, kerana dia terlibat secara langsung dalam skandal ini.

 Ada beberapa pemimp-in UMNO lain yang berani minta 1MDB disiasat tapi kenyataan Muhyiddin yg paling berani dan tegas. Yang lain itu macam makan roti kosong je la, tak sedap kerana takde telur!

 

Load disqus comments

0 comments