Thursday, May 21, 2015

PENGALAMAN SEDIH & SERAM SEORANG JURUSOLEK MAYAT

Dalam masyarakat cina bila meninggal dunia mereka akan di solek sebelum di lakukan upacara pengebumian. Maka ada di kalangan mereka yang bekerjaya sebagai jurusolek mayat. Yang peliknya mereka memerlukan jurusolek mayat untuk melengkapkan upacara kematian tapi persepsi sesetengah dari kaum mereka memandang kerjaya ni sebagai satu kerjaya yang hina, kotor & membawa malang.


Tertengok satu video seorang jurusolek mayat yang cerita pengalaman dia makeup mayat yang adakala datang dalam keadaan tak sempurna & mengerikan. Paling sedih.. Bila kawan, kaum keluarga & saudara mara meminggirkan dia kerana bekerja sebagai jurusolek mayat. Ada yang menjauhkan diri, tak nak bergaul dengan dia & yang paling sedih ada yang taknak dia datang untuk sebarang majlis keraian seperti perkahwinan takut dia membawa malang. Pernah berlaku satu kejadian di mana dia pergi melawat saudara dia.. selepas kedatangan dia tu salah seorang ahli keluarga saudara dia terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia. Mereka menyalahkan dia & menghalau dia ketika dia datang untuk memberi penghormatan terakhir.

Sedih jugak aku tengok video pengalaman seorang jurusolek mayat ni.. dalam sedih2 tu ada jugak ngeri & seram yang dia ceritakan. Yelah berdepan dengan mayat hampir setiap hari pelbagai keadaan.. Setakat tengok cerita seram ok la kita tau semua babak cuma lakonan. Cuba berdepan secara live dengan mayat yang mati dalam keadaan ngeri. kau mampu.

Moral of the story.. Apapun kerjaya selagi bertujuan baik janganlah di pandang hina. Jurusolek mayat bagi mereka yang bukan islam mungkin satu keperluan.. Kalau semua orang rasa jijik, takut & hina pekerjaan tu sapa yang nak makeup mayat?? Jadi berhenti menghukum sedangkan kamu memerlukan golongan macam ni. Sepatutnya kamu berterima kasih kerana dia sanggup melakukan pekerjaan tu walau di pandang hina oleh masyarakat.
Load disqus comments

0 comments