Wednesday, May 6, 2015

"Saya Sudah Sedia Jadi ‘Ibu Segera’ Dua Beradik Itu"

“Saya sudah bersedia menjadi ‘ibu segera’ dua beradik itu. Malah, saya sanggup berhenti kerja untuk menjaga serta memberi perhatian kepada Amira dan Aqila,” kata Nur Amirah Syuhaida, 22.



Dia adalah tunang kepada Faiznurr Asyraf Husain, 25, iaitu adik kandung mangsa kemalangan di Lebuhraya DUKE, Fairuz Nizam Husain, 35.

Menurut Nur Amirah, dia sudah mengenali Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 4, dan Nur Firuza Amira, 7, sejak lima tahun lalu, malah tidak pernah berasa kekok menjaga dua beradik itu.

Katanya, dia sudah berbincang dengan tunangnya, Faiznurr serta ahli keluarga lain dan mereka memberi sokongan terhadap hasratnya itu.

“Saya berbesar hati untuk menjaga kedua-dua mereka itu. Saya sedar ini adalah satu tanggungjawab besar, tetapi insya-Allah saya boleh melakukannya. - HM
Load disqus comments

0 comments