SILA DUDUK DI BULAN KATA KETUA UMNO BAHAGIAN LANGKAWI.
" tak mau bayar cukai pi dok di bulan. Memang kerajaan hidup atas cukai pada rakyat termasuk kelantan."
" gst membantu negara dan akhirnya membantu rakyat. Kalau negara bankrup maka rakyat pun mampus"
Inilah kata-kata indah bertaraf keramat yang tersembur dari lubuk hati yang jujur lagi ikhlas dari seorang yang mengepalai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai Pengerusi .. menjadi Ahli Parlimen Langkawi merangkap Ketua UMNO Bahagian Langkawi.
Sebelum ini pernah pemimpin hebat lagi agung ini menyelar keturunan Jawa agar balik ke Indonesia dan hina mayat mendiang YB Karpal Singh .. kali ini naik lagi setakuk ... hina kebijaksanaan rakyat ... suruh duduk di bulan kalau enggan bayar GST.
Suruh pindah kenegara lain dan duduk dihutan sudah biasa rakyat dengar jika bersongsang pendirian .. kini mamat ini sudah menlangkui masa dan suasana ... suruh rakyat duduk di bulan pula dan kerajaan kutip cukai kalau tidak rakyat akan mampus.
Pergh!!! nampaknya jika Hasan Malek dan Ahmad Maslan CGPA 3.85 kena pecat atau letak jawatan, sudah ada pengganti yang amat sesuai malahan lebih hebat lagi.
Tahniah YB Dato' Ir Nawawi Ahmad ... masa depan anda dalam UMNO sebagai pemimpin ulung amatlah cerah sekali.
SUMBER
0 comments