Kejadian berlaku di Perumahan Tanjung Chat, Pengkalan Chepa, sekitar jam 7 petang, ketika kedua-dua lelaki lingkungan 30-an itu cuba meragut beg tangan wanita lingkungan 50-an di hadapan rumah mangsa.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, ketika itu, mangsa membuka pagar untuk masuk ke rumahnya sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal Yamaha LC yang memakai topi keledar.
Katanya, seorang daripada lelaki itu merentap beg tangan di bahu mangsa dan melarikan diri menggunakan motosikal.
“Saudara dan anak mangsa yang melihat kejadian cuba membantu sebelum 10 minit kemudian orang ramai memaklumkan kepada mangsa mereka menangkap kedua-dua suspek 200 meter dari rumahnya.
sumber
http://www.hmetro.com.my/node/48617?
http://www.hmetro.com.my/node/48617?
0 comments