Sunday, May 3, 2015

Guru curi gambar bawah skirt pelajar

Gambar sekadar hiasan
Sydney: Seorang bekas guru yang datang daripada keluarga yang terkenal dalam bidang kehakiman, semalam mengaku bersalah mengambil gambar di dalam skirt pelajarnya dan memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Robert Arthur Emmett, 39, mengaku salah atas satu tuduhan memiliki bahan lucah kanak-kanak dan tiga tuduhan merakamkan alat sulit budak di bawah usia 16 tahun bertujuan digunakan untuk kepuasan seks.

Emmett yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak ditahan pada 7 Ogos 2013 ketika menjadi guru matematik di sebuah sekolah di bandar ini.

Pada 26 Mac 2013 dia memasuki beberapa bilik darjah dengan membawa telefon bimbit yang digunakan sebagai kamera dan diletakkan pada paras pinggangnya untuk mengambil dua rakaman video tiga gadis berusia 14 tahun.

Dia turut berborak dengan mangsa namun pada masa sama mengambil rakaman dari bawah skirt dipakai pelajar terbabit yang merakamkan gambar seluar dalam dan bahagian sulit remaja itu. - Agensi

Sumber
Load disqus comments

0 comments