Monday, May 18, 2015

UITM Dikecam Gantung Graduan Selfie Atas Pentas Konvo

div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
Pelajar yang mengambil gambar selfie di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman atas tindakannya itu.
BACA: Pelajar UITM Selfie Ketika Majlis Konvo Digantung Setahun
Memetik laporan Harian Metro, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun hingga dua tahun selepas tindakan itu dikatakan memalukan UiTM.
“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.
Di media sosial, ramai yang merasakan tindakan penggantungan itu terlalu melampau.
Ramai yang mengatakan sangat tidak logik apabila kesalahan melanggar protokol konvokesyen diberi hukuman sebegitu serius.
Load disqus comments

0 comments