Saturday, May 16, 2015

Pelancong Wanita Gembira Main Pasir Tanpa Coli (Gambar)

Pelancong Wanita Gembira Main Pasir Tanpa Coli

Pelancong Wanita Gembira Main Pasir Tanpa Coli | Beberapa pelawat yang yang mengunjungi pusat peranginan di Pulau Sulug, Kota Kinabalu terkejut apabila terlihat gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli tanpa mempedulikan orang ramai yang berada di situ.
Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan sahaja diperhatikan pengunjung kanak-kanak tetapi perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).
Pengunjung, Mardiana Abdul Ezam menyatakan dirinya hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan sekitar pukul jam 9 pagi, Ahad lalu.
“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir. Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya.
Load disqus comments

0 comments