Hari ini adalah hari ibu disambut oleh semua insan yang bergelar ibu, namun admin sungguh terharu melihat seorang ibu yang memangku jasad anak nya yang meninggal dunia akibat kemalangan pagi tadi.
Dua pelajar sekolah menengah maut selepas motosikal yang dinaiki dirempuh oleh pacuan empat roda Hilux dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa yang merupakan sepupu maut di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan.
Pemandu Hilux tidak mengalami kecederaan,Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian. Al-fatihah Credit Terengganu Times, DTR
0 comments