Scroll ke bawah untuk melihat video
KUALA LUMPUR: Bukan suatu yang mengejutkan apabila segelintir penggemar vapor atau rokok elektronik sanggup melabur duit sehingga mencecah ribuan ringgit semata-mata untuk memiliki alat tersebut samada untuk dihisap atau sebagai koleksi peribadi.
Manakan tidak, mereka yang memiliki vapor kini boleh disifatkan sebagai ‘cool’ dan lambang gaya hidup baru.
Buktinya, satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook ‘Video Viral’ hari ini menunjukkan sekumpulan lelaki yang dipercayai penggemar tegar vapor sedang membida alat berkenaan.
Dalam rakaman tersebut, seorang lelaki membuka ‘lelongan’ vapor yang dikatakan edisi terhad dengan meletakkan pada harga RM1,800 sebelum ia mula dibida lelaki lain dengan harga RM2,000.
Proses bidaan bertambah rancak apabila rata-rata penggemar vapor yang berada di lokasi tersebut terus meletakkan harga pada nilai yang semakin tinggi.
Apa yang mengejutkan, proses bidaan tersebut akhirnya selesai apabila seorang lelaki muda memakai baju T bewarna jingga membida dengan harga bernilai RM17,000 sekaligus membuatkan pembida lain terpaksa ‘mengalah’.
Bagaimanapun, lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku tidak dapat dipastikan.
Dalam tempoh sejam video tersebut dimuat naik, ia ditonton lebih 1,300 pengguna media sosial.
0 comments