Sunday, September 6, 2015

Sadis Bila Nur Rozi Yanti Parah Dirempuh Van Pengiring

Sadis Bila Nur Rozi Yanti Parah Dirempuh Van Pengiring
Ini kisah yang melaibatkan pelumba basikal negara kita Malaysia. Pelumba basikal muda negara, Nur Rozi Yanti Mat Rodzi kini dalam keadaan kritikal selepas dirempuh van pengiringnya ketika berlatih di Lebuh Raya Silk pada Sabtu. 

Setakat ini, remaja berusia 17 tahun itu sedang menjalani pembedahan kerana cedera di kepala dan paru-paru, selain patah tiga tulang rusuk. Nur Rozi Yanti terpaksa bergantung kepada mesin untuk membantu dia bernafas.
Dia sedang berlaku bersama beberapa atlet lain sepanjang Kilometer 19 di lebuh raya itu menuju ke Bukit Jalil pada kira-kira pukul 9.45 pagi, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard. Kumpulan itu disertai pemandu yang membawa Nissan Urvan yang juga van pengiring sepanjang sesi latihan itu. Sadis Bila Nur Rozi Yanti Parah Dirempuh Van Pengiring

Nur Rozi Yanti dilaporkan mengalami kekejangan kaki dan cuba membetulkan kayuhan dan mengakibatkan dia terjatuh dari basikal. "Pemandu van itu tidak menyedari masalah yang dihadapinya sehingga Nur Rozi Yanti jatuh dan ketika itu sudah lewat untuk menekan brek, sekali gus merempuh atlet muda negara itu," katanya. Sadis Bila Nur Rozi Yanti Parah Dirempuh Van Pengiring

Nur Rozi Yanti dikejarkan ke Hospital Kajang dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Apabila dihubungi, jurucakap Majlis Sukan Negara berkata, agensi itu dan keluarga Nur Rozi Yanti telah membenarkan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas atlet itu. Sadis Bila Nur Rozi Yanti Parah Dirempuh Van Pengiring

Mari kita sama-sama doakan agar Nur Rozi Yanti akan selamat dan akhirnya pulih daripada kecederaan yang telah dialaminya itu. Buat seluruh ahli keluarga beliau diucapkan setinggi-tinggi takziah dan harap dapat bersabar atas kejadian ini.

Load disqus comments

0 comments