Tuesday, September 22, 2015

Akhirnya Punca Sebenar Pelajar UiTM Maut Didalam Tandas Terbongkar!!!



PERLIS - Seorang pelajar wanita di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Arau, Perlis ditemui mati dalam sebuah bilik air di asrama #terbabit pada Sabtu kelmarin.

#Mangsa dikenali sebagai Syarafina Mansor, 18, pelajar jurusan #Diploma Sains bagi sesi 2015/2016.

#Syarafina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik #selepas 2 jam.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina #dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi.

"Apabila dia tidak kembali ke biliknya selepas 2 jam lamanya, rakannya merasakan sesuatu yang tidak #kena dan dia bergegas pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina.

"Rakannya amat terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air," kata Ahmad Redzuan.

Pihak pengurusan #asrama kemudiannya terus membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang kelmarin.

"#Laporan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di dalam kepala.

"Syarafina selalu mengadu #sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan yang amat itu kadang kala menyebabkan dia tidak hadir ke kelas," kata Ahmad Redzuan.
Load disqus comments

0 comments