Apa punca dan tanda-tanda gearbox rosak (auto atau manual) dan cara mengatasinya? Kami yakin, semua pengguna kereta pasti sedia maklum bahawa masalah gearbox ini merupakan problem yang biasa berlaku kepada semua jenis kenderaan sama ada manual ataupun auto. Masalah gearbox akan menyebabkan pertukaran gear menjadi sukar dan tiba-tiba boleh tertukar sendiri. Kita yang menggunakan kereta juga berasa tidak senang dan tidak selesa apabila memandu menggunakan gearbox yang bermasalah.
Apa tanda-tanda gearbox rosak? Berikut adalah tanda-tanda awal gearbox kereta anda bermasalah:
- Menghadapi kesukaran untuk masukan gear (biasanya jenis manual).
- Sentakan yang kuat ketika menukar gear dari N ke D atau P ke D (auto).
- RPM tidak kembali ke asal selepas pertukaran gear (auto).
- Kedengaran bunyi yang agak kuat ketika menukar gear auto.
Keadaan diatas merupakan petanda awal bahawa kereta anda akan mengalami slip transimi atau auto slip transmission. Jika anda mengabaikan keadaan ini, maka anda akan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menukar keseluruhan kotak gear.
Apa punca gearbox rosak atau atau auto slip transmission?
Punca utama gearbox mudah rosak ialah disebabkan beberapa faktor yang datangnya daripada pengguna kereta tersebut.
Punca utama gearbox mudah rosak ialah disebabkan beberapa faktor yang datangnya daripada pengguna kereta tersebut.
- Penggunaan yang kasar dan kuat ketika menukar gear.
- Filter Auto tidak pernah ditukar atau jarang ditukar.
- Selalu lambat tukar minyak gear serta tidak pernah tambah minyak gear
- Membiarkan atau tidak mengambil peduli akan kebocoran minyak gear dari sealbox
- Tidak pernah memeriksa paras minyak gear sama ada okay atau tidak.
Apa tips penjagaan gearbox serta bagaimana cara untuk mengatasi masalah gearbox rosak pada kereta dan mengurangkan kos membaikinya?
- Menukar minyak gear auto
- Menukar mounting gearbox
- Menukar minyak seal gearbox
- Menukar pin pada panel gear
- Menukar auto filter
- Menukar kabel gear
- Membersihkan ruangan auto filter
Penukaran minyak gear auto atau manual adalah pada setiap 40,000km mileage bagi meminimumkan kerosakan yang mungkin berlaku pada gearbox anda. Jika kita dapat mengetahui tanda-tanda gearbox rosak, maka sudah pasti kita akan dapat mengambil tidakan sewajarnya bagi mengelakkan kita mengeluarkan kos yang lebih tinggi dikemudian hari.
0 comments