Saturday, September 5, 2015

Umur baru 15 tahun tapi dah kena hukuman gantung sampai mati

gantung.jpg

Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita warga emas.
Remaja terbabit didakwa membunuh jirannya sendiri, Jariah Abu Bakar, 62, pada 22 Julai lalu.
remaja terbabit didakwa membunuh warga emas terbabit di rumah mangsa di No. 1213, Blok 9, Felda Lok Heng barat, Kota Tinggi pada pukul 12.05 tengahari.
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan kepada tertuduh.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.
Hairul kemudian menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan bedah siasat.
Pada 22 Julai lalu ia dilaporkan bahawa Jariah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya oleh anaknya yang baru pulang dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya.
Mangsa merupakan ibu tunggal yang tinggal bersendirian dan mempunyai tiga orang anak.
Load disqus comments

0 comments