Wednesday, September 16, 2015

4 Foto mayat Kevin Morais akhirnya ditemui dalam tong konkrit dalam keadaan amat menyayat hati



Polis menemui mayat Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dalam sebuah tong berisi konkrit di Jalan Subang 3, Taman Subang Mewah, USJ 1, pagi ini. 

Mayat Morais, ditemui hasil pengakuan beberapa suspek utama yang ditahan dalam serbuan besar-besaran oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) di seluruh negara, sejak malam kelmarin. 

Hasil pengakuan itu, sekumpulan pegawai dan anggota STAFOC kemudiannya membuat pemeriksaan ke lokasi kejadian, di mana mayat Morais dibuang, pada kira-kira jam 6 pagi tadi.

Setakat ini, polis yakin kes berkenaan dapat diselesaikan dalam masa terdekat selepas turut menahan beberapa individu termasuk dalang utama kes terbabit. 

Dengan penemuan mayat itu juga, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


LAGI GAMBAR MAYAT KEVIN MORAIS ==>  DI SINI



Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati laluan memasuki jalan berkenaan ditutup daripada kunjungan orang awam sejak jam 7 pagi. 

Turut kelihatan pergerakan keluar anggota dari pasukan penyelam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 8.15 pagi. 

Pada jam 8.55 pagi, anggota STAFOC bergerak keluar dari lokasi penemuan mayat terbabit. Bau busuk juga dapat dihidu di kawasan terbabit, dengan jarak hanya 100 meter dari tempat pengamal media berhimpun. 




Pada 4 September lalu, Kevin dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta (1), Kondominium Jalan Dutamas kira-kira jam 9 pagi untuk ke tempat kerja di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. 

Sehari selepas itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana versi Honda Accord tanpa nombor enjin dan casis yang sudah dirosakkan dan hangus terbakar ditemui di Ladang Kelapa Sawit, Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengklasfikasikan kehilangan Morais sebagai kes dilarikan dan disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Lihat 2 gambar mayat Anthony Kevin Morais di SINI yang amat menyayat hati
Load disqus comments

0 comments