Tuesday, August 25, 2015

Kepada Semua Pembeli Melayu Berhati-hati Dengan Skim Rumah Impian 1 Malaysia



Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha cuma nak share kepada semua mereka yang terlalu taksub untuk mendapatkan rumah pada harga yang murah dan mampu milik. Macam Maha juga lah kerana al maklumlah sekarang ini memang harga rumah terlalu tak logik dan membebankan.

Menjadikan banyak pihak tidak bertanggingjawab mengambil kesempatan kepada tekanan ini. Tapi meraka bukan melakukan kesalah kerana ia masih logik dan masih tiada perundangan yang mampu mengekang semua ini. Tak tahu kat mana salahnya tapi sekurang2 harap post ini dapat membantu anda membuat pilihan dan berfikir berkali-kali sebelum menyertai skim ini.

Klik untuk besarkan gambar

Sebelum ini kita pernah dengan isu pasal Rumah Banglo Alphapha? Kalau korang tak tahu leh search kat Google kerana telah banyak pihak menyatakan pelbagai pendapat termasuk pihak berwajib. Tapi projek skim ini juga hampir-hampir sama dengan projek tersebut. Apa yang sama jom kita tengok apa yang sempat Maha jumpa hasil sedikit research. 

1) Syarikat ini ini adalah milik penuh 100% Bumiputera. Mereka bangga menyatakan bahawa mereka adalah milik bumiputera dan mereka menggunakan status itu untuk memperdaya pembeli dari golongan bumi juga.
2) Ketiadaan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT). Untuk makluman semua, sebarang pemajuan perumahan di Semenanjung Malaysia perlulah mendapatkan lesen daripada KPKT yang tertakluk kepada Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan ) 1966 dan peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989.(Rujuk lampiran surat)
3) Kedua2 syarikat ini mensyaratkan kepada pembeli yang mahu menikmati tawaran harga perumahan yang mampu milik perlu mendaftar dengan mereka. Yuran pendaftaran serta merta pada jumlah RM500 untuk satu nama.
4) Mereka juga tidak jelas dalam menyatakan kejayaan dan projek2 yang telah mereka laksanakan sebelum ini. Kalau baca kat laman web mereka pun korang akan was-was kerana mereka tidak pernah membangunkan perumahan walaupun di kawasan yang konon2 dinyatakan.
5) Paling jelas adalah mereka menawarkan kepada pembeli rumah akan dibina dalam tempoh 24 bulan atau 36 bulan. Tapi mereka tak kata pula bila akan bermula proses pembinaan dan apa akan jadi sekiranya lebih tempoh terbut mereka masih tidak berjaya membina rumah.

Tu antara beberapa yang Maha dapat daripada research dan juga hasil pertanya kepada beberapa pihak berwajib. Maha bukan cakap kosong kalau korang nampak mereka mengadakan promosi kat mana2 pasaraya boleh terus tanya mereka tentang perkara ini. Kalau ada jawapan pun ia meragukan dan tidak jelas. Macam yang Maha kena sebelum ini di sebuah pasaraya besar.


Mereka membuka booth kecil sahaja di satu sudut dan mempunyai beberapa staff yang memakai baju merah dengan ada logo DIS.CARD. Maha terpedaya juga dengan penerangan mereka maklumlah mengaku tak banyk ilmu tentang perumah ini. Apa yang pihak ini janjikan kepada pembeli adalah rumah mampu milik untuk semua kakitangan kerajaan atau swasta. Rumah teras dan Semi D pada harda RM150K dan RM250K. Rumah akan di bina dalam tempoh 24 bulan atau 36 bulan mengikut lokasi yang akan di bangunkan. Boleh buat pinjaman bank atau kalau gagal boleh pula buat pinjaman koperasi tak tahu koperasi mana pulak.

Maha yang kurang ilmu pembelian rumah ini percaya lah semua yang mereka nyatakan. Selepas semua proses selesai termasuk pembayaran dalam hati ni terdetik untuk bertanya pada kawan yang memang arif dalam dunia hartanah dan perumahan ini. Memang betul kata mereka bahawa skim ini adalah lebih kurang dan ada unsur-unsur yang boleh diragui. Maka Maha pun tak puas hati dan search kat Google tengok apa yang di maksudkan dengan skim SCAM. Bila baca beberapa forum baru Maha dapat bayangan bahawa Maha telah menjadi mangsa. Maka denga rasa kesal, terus buat aduan kepada pihak bertanggungjawab. Maha tak tipu terus mengadu kepada KPKT dan CIDB. Memang mengejutkan bila dapat jawapan daripada pihak KPKT.

Ini adalah surat yang di keluarkan sendiri oleh pihak KPKT kepada Maha hasil daripada soalan yang di tanyakan melalu Email dan juga laman Facebook mereka. Korang boleh baca sendiri bahawa syarikat yang menawarkan skim ini tidak pernah berdaftar denganKPKT. Maka segala promosi dan juga jualan perumahan adalah tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Klik untuk besarkan gambar

Pastu Maha tanyalah apa yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan semua duit yang telah saya bayar tersebut. Kata mereka perlu buat aduan pada pihak polis dan juga boleh buat aduan kepada Tribuna Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Tapi biasalah akan mengambil masa yang lama dan banyak proses. Maha cuma nak share dengan kawan2 dan pembaca yang sebangsa ini agar tidak tertipu seperti Maha ni. Sebab masa nak bayar tu ada search kat google tapi tak jumpa tentang sebarang aduan perumah ini. 

So lepas ni sapa2 yang ada baca post ini harap berfikir berkali-kali untuk menyertai kerana sayang duit anda tapi apa yang di kehendaki tak tercapai. Walaupun mereka kata setiap pendaftaran adakan dapat DIS.CARD iaitu card Touch & Go. Pastu korang boleh guna card tu untuk dapat promosi bercuti di hotel mewah dan juga di restoran mewah. Tapi adakah kita bayar untuk promosi itu. Sedangkan kita hanya untuk dapatkan rumah mampu milik seperti mana yang di janjikan oleh syarikat tersebut. Kemudian pembeli akan dapat 4 item sahaja untuk bawa balak iaitu salinan borang pendaftaran bewarna kuning, resti pembayaran, majalah projek dan juga t-shirt DIS.CARD. Adakah itu berbaloi dengan jumlah yang kita bayar.


Klik untuk besarkan gambar

So kalau korang ada jumpa mereka ada beberapa soalan korang boleh tanya pada staff yang membuat promosi perumahan ini. 

1) Di mana lokasi terbaru dan pembinaan perumahan yang berjaya di bangunkan oleh pihak syarikat. Tunjukan lokasi dan gambar serta plan pembangunan tersebut.
2) Minta mereka surat atau apa sahaja sijil pendaftaran syarikat sebagai pemaju perumahan yang benar dan juga pendaftaran dengan jabatan di iktiraf kerajaan Malaysia.
3)  Minta mereka tunjukan permit iklan dan jualan yang sah dan masih berkuatkuasa.
4)  Kebenaran merancang dan pelan susunatur telah di luluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana lokasi yang mereka cadangkan kepada anda.
5) Surat tanah bersatus perumahan dan pecah sempadan telah di luluskan di Pejabat Tanah 
6) Surat pejanjian jual beli (SPJB) yang seragam mengikut Peraturan-peraturan Pemaju Perumahan  (Kawalan dan Pelesenan) 1989.
7) Sekiranya syarikat ini gagal membina rumah dalam tempoh yang di tetapkan adakah mereka boleh menuntut semula duit pendaftaran yang telah di bayar.

Yang Maha paling sedih adalah kerana syarikat ini adalah syarikat milik penuh Bumiputera dan dia punya Pengerusi juga seorang artis berstatus Dato' yang juga di kenali ramai. Apakah niat meraka ini jujur untuk membantu bumiputera lain dalam mendapatkan rumah mampu milik atau hanya hendak memanipulasi kekurangan yang ada. Sedih lah bila tegok semua ini terjadi. Kepada mana2 yang telah termakan janji manis meraka apa yang korang boleh lakukan buat aduan pada pihak yang berwajib agar mereka2 macam ni boleh di ambil tindakan sepatutnya.

 Klik untuk besarkan gambar

Tiada undang2 yang menyatakan bahawa syarikat swasta tidak boleh membina rumah tapi apa jaminan sekiranya mereka ini gagal dalam pembinaan dan juga rumah yang di janjikan tidak seperti mana yang kita lihat. Pada saya kita nak mengadu, masa tu dah di bebani hutang pinjaman perumahan dengan bank. Time tu dah terlambat dan tak dapat buat apa2. Sedar awal lagi bagus. Nasib masa daftar tu tak perlu buat pinjaman lagi hanya perlu pembayaran pendaftaran sahaja tapi banyak juga duit keluar tu kena cash ok credit card tak boleh sebab takut kita sekat transaksi tu.

Load disqus comments

0 comments