Jika sebelum ini kejadian tangga eskalator menelan seorang ibu yang meragut nyawanya telah menimbulkan kebimbangan di negara China dan juga kebimbangan tersebut menyelubungi sehingga ke Malaysia, namun terbaru kisah hampir sama pula terjadi.
Kejadian yang juga berlaku di China memaparkan orang ramai telah 'ditelan' ke dalam sebuah lubang ketika menunggu bas.
Semasa kejadian berlaku orang ramai dilihat lalu lalang di kawasan berkenaan berhampiran tangga stesen bas Harbin yang secara tiba-tiba lantai kawasan tersebut telah runtuh.
Berdasarkan video yang telah dimuatnaik portal berita Xinhua China melalui laman Twitternya memaparkan kejadian tersebut di mana lima orang awam sedang berdiri dan kemudiannya telah 'ditelan' oleh lantai kawasan berkenaan yang runtuh.
Seorang lelaki dilihat berjaya memaut di wayar kabel yang ditanam dibawah lantai berkenaan dan empat orang lagi jatuh ke dalam lubang sedalam dua meter.
Mereka yang jatuh dilaporkan hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital berhampiran
Sinkhole opens near NE China bus stop, 4 people fall in #XinhuaTV pic.twitter.com/X77aAl2ixz— China Xinhua News (@XHNews) August 26, 2015
Sumber
0 comments