Thursday, August 27, 2015

"PAKCIK, TOLONGLAH BELI RANTAI EMAS INI"


Kepada adik kepunyaan rantai emas ini. Saya bagi pihak ayah saya memohon maaf sebab tak dapat tolong adik pada malam itu.

Adik memang nampak sangat-sangat susah pada waktu itu. Adik minta RM300 dari ayah saya sebab adik nak mencari hotel sementara menunggu ayah adik datang menjemput adik.

Adik cerita adik dihalau keluar oleh ibu tiri dari rumah di Kedah kerana bergaduh dengan adik tiri.

Maafkan ayah saya sebab cuma dapat beri RM130 sahaja pada masa itu. Manusia, sudah pasti ada rasa was-was. Bimbang adik tipu yang barang diberikan itu bukan emas. 

Namun pada masa itu, ayah saya tawakkal sahaja berikan duit itu pada adik. Katanya, andai adik menipu pun pada masa itu, ayah saya dah halalkan.

Tapi tak sangka, adik tidak menipu dan ini adalah emas yang betul. Harga jualannya pula sangat tinggit.

Saya minta maaf, sebab dapat berikan sedikit sahaja pada malam itu. Andai kata adik terbaca status Facebook saya ini, mohon adik hubungi saya melalui Facebook. 

Ayah saya benar-benar rasa bersalah. Semoga adik sentiasa dilindungi Allah. Jaga diri dik. - Robaqyah Aslamy.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Load disqus comments

0 comments