Friday, August 28, 2015

Suami Durjana! Isteri Dalam Pantang Di Tendang Oleh Suami Hingga Pengsan Selama 1jam

Isteri Dalam Pantang Ditendang Suami
“ Tergamak dia menendang perut dan muka saya dengan kasut but kerana marah sebab saya nak ambil kereta, ” dakwa jururawat, Che Azaini Suyana Hassan, 31, parah dibelasah suaminya, seorang anggota bomba di Pulau Pinang, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang masih berpantang melahirkan anak ketiga cedera teruk di muka, telinga, belakang badan dan kaki selepas dibelasah tanpa belas kasihan. Difahamkan, mangsa turut pengsan sejam di balai bomba berkenaan selepas dibelasah suaminya yang berusia 30 tahun tanpa disedari anggota bomba lain. Che Azaini Suyana berkata, dia yang baru melahirkan anak ketiga pada 22 April lalu, tidak menyangka suaminya tergamak bertindak demikian kerana marah apabila dia meminta kereta daripada suaminya.
“Saya sudah beberapa kali menghubungi suami supaya menghantar kereta bagi mahu menghantar anak ke klinik kerana anak demam. Dia sudah lama tidak menjenguk kami anak-beranak termasuk anak baru dilahirkan. “Kerana tidak tahan menanggung sengsara, saya ke tempat kerjanya di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Pulau Pinang untuk berbincang masalah kami dan mengambil kereta saya yang digunakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Yan, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terkedu apabila tiba-tiba suami menumbuk kereta sebelum menendang perutnya menyebabkannya terduduk di kawasan gelap tempat meletak kenderaan di balai bomba berkenaan. Sumber :  myMetro
Load disqus comments

0 comments