BUTTERWORTH - Terperangkap dengan cinta monyet, ramai gadis menanggung malu sepanjang hayat selepas gambar b0gel mereka yang hanya bertudung kini viral di media sosial.
Bukan saja gambar, malah video aksi ghairah mereka tersebar melalui media sosial dan dikongsi ribuan pengguna telefon pintar di negara ini, selain disiarkan di laman web lu-cah.
Semuanya bermula apabila terpedaya dengan pujukan teman lelaki supaya gambar atau rakaman video ghairah atau b0gel dikongsikan dengan alasan mengubat rindu.
Gadis yang dikenali sebagai Hana mendakwa, kejadian itu pernah menimpanya dua tahun lalu ketika masih bersekolah dan bercinta dengan seorang lelaki dikenali di laman sosial.
Hana berkata, ketika itu dia berusia 16 tahun, tidak menyangka lelaki itu hanya mahu mempergunakan dia dengan berlakon menjadi lelaki penyayang dan prihatin.
"Ketika berkenalan, dia membahasakan dirinya sebagai abang membuatkan saya berasa disayangi dan mempunyai seseorang untuk berkongsi masalah.
"Selepas sebulan berkenalan melalui WeChat, kami mengatur pertemuan dan berjumpa kali pertama di taman tidak jauh dari rumah saya di Butterworth dan kami bersembang panjang mengenai dirinya serta kerjayanya sebagai pekerja kafe," katanya.
Dia berkata, selepas beberapa kali bertemu termasuk pernah bercuti bersama ke kawasan rekreasi, dia mula mempercayai lelaki berkenaan selepas dia berjanji mahu menjaganya dan sanggup memperisterikannya.
"Jika tidak berjumpa, kami akan berkongsi cerita termasuk berkongsi gambar dan sebagainya. Malah, saya tidak segan menghantar gambar tanpa bertudung kepadanya selepas dia berjanji mahu menyimpan gambar berkenaan hanya untuk dirinya dan tidak berkongsi gambar itu bersama rakan.
"Sehingga sampai satu tahap, dia mula meminta gambar tidak senonoh dengan alasan mahu melepaskan rindu dan mahu melihatnya jika saya tidak bersamanya.
"Malah, dia mengugut akan mengabaikan saya sekiranya permintaan itu tidak ditunaikan dengan alasan saya tidak percaya dan tidak menyayanginya, menyebabkan saya sanggup berkongsi gambar b0gel serta video aksi ghairah yang dirakam sendiri utuk dihantar kepadanya," katanya.
Menurutnya, dia pada mulanya malu menghantar gambar serta video itu namun lama kelamaan tidak kisah berbuat demikian demi menjaga perhubungan mereka.
Namun, katanya, selepas beberapa bulan, teman lelakinya itu tiba-tiba memberitahu mahu memutuskan hubungan dengan alasan mempunyai gadis lain dan menukar nombor telefon baru kerana tidak mahu diganggu.
Menurutnya, dia tertekan, malu serta tidak sanggup berdepan situasi berkenaan selepas bimbang gambar lu-cahnya tersebar sehingga dikesan kawan serta keluarga.
"Kebimbangan saya itu terjawab apabila gambar b0gel saya diterima beberapa rakan yang berjumpa dan bertanyakan perkara itu kepadanya.
"Saya tiada alasan sebelum memaklumkan ia diedit dan terpaksa menukar penampilan tudung saya dan sebagainya selepas itu," katanya. - HARIAN METRO
0 comments