Tuesday, August 25, 2015

Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Akibat KEBODOHAN Ibunya Sendiri


CHINA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dilanggar kereta berhampiran dengan pusat beli-belah Zhengzhou, semalam. 

Ibu mangsa dikatakan terlalu sibuk bermain dengan telefon bimbitnya berbanding memerhatikan anaknya itu. Mangsa dilanggar oleh sebuah kereta SUV, lapor Tencent News.

Menurut saksi kejadian, mangsa bermain di tepi jalan manakala ibunya sibuk bermain telefon bimbit. Ibu mangsa yang terlalu fokus dengan telefon bimbit sehingga tidak menyedari anak lelakinya itu bermain di tengah jalan. 

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Pemandu kereta SUV, Wong, telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan.

Load disqus comments

0 comments