Wednesday, July 8, 2015

Punca Pejabat 1MDB di ibu negara diserbu polis amat memeranjatkan rakyat Malaysia



SHAH ALAM - Pejabat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diserbu polis, hari ini.

Menurut laporan media tempatan, serbuan tersebut bermula pada jam 10 pagi dan dilaporkan masih berjalan.

Difahamkan serbuan dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman.

Tiga kereta peronda dan sebuah van polis kelihatan di luar Menara IMC berkenaan.

Sebelum ini, Pasukan Petugas Khas membekukan enam akaun bank pihak-pihak yang terlibat dengan isu dakwaan penyaluran dana badan pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sumber
Load disqus comments

0 comments