Sunday, July 12, 2015

Akhirnya Rani Kulup Bersuara Mengenai Isu Pergaduhan Di Plaza Low Yat


KUALA LUMPUR - Nampaknya insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sudah menarik perhatian Ayahanda Rani Kulup Abdullah yang meminta agar plaza berkenaan ditutup sementara siasatan dijalankan.

Menurut Ayahanda, isu penipuan serta paksaan pembeli itu bukanlah satu perkara yang baru di Low Yat, malah beberapa kawasan lain di sekitar ibu kota.

Memetik kenyataan Ayahanda dari Astro Awani, beberapa kawasan penjual itu diketahui oleh dijaga oleh kumpulan gangster. 

"Jika ada pelanggan yang tidak jadi membeli, mereka akan diherdik. Ini menimbulkan ketakutan kepada pembeli. Banyak lagi contoh pembeli yang biadab.

"Bagus juga ada kes seperti ini, barulah semua orang buka mata. Biar masyarakat tahu ada situasi seperti ini." katanya.

Abdul Rani Kulup menyarankan pihak berkuasa menutup sahaja Plaza Low Yat bagi memberikan ruang kepada agensi berkaitan menjalankan siasatan.
Load disqus comments

0 comments