Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad bin Maslan berterusan menjadi mangsa fitnah pihak tidak bertanggungjawab. Terbaru sedang tersebar luas di media sosial ialah petikan akaun Facebook Ahmad Maslan yang palsu menyatakan “Minyak naik RM 0.10 tapi KFC Ramai juga orang, dimana bebannya.”.
“Ini tweet palsu kerja org tak betul dan fitnah. Saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa.” |
“Ini tweet palsu kerja org tak betul dan fitnah. Saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa.”
Sebenarnya apa yang disebarkan ialah dari akaun Facebook bukan Twitter. Malahan tarikh 1 Jun 2015 menunjukkan tulisan tersebut bulan lalu dan ia bukan akaun rasmi Ahmad Maslan.
Mei lalu Ahmad Maslan terpaksa menafikan kenyataan tentang mana-mana individu yang mempersoalkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan disaman serta ‘duduk di bulan’ jika tidak mampu membayar GST adalah daripadanya seperti yang tersebar di kebanyakan laman sosial, blog, portal dan sistem pesanan WhatsApp.
Tegasnya, tindakan menyebar kenyataan palsu itu merupakan “fitnah dan kerja bodoh” pihak yang terdesak untuk melihat kegagalan sistem cukai yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang itu.
“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tidak pernah cakap dua perkara itu. Orang yang suka memfitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya awal pagi ini.
0 comments