Friday, July 3, 2015

"Puas Hati Awak Viralkan Kisah Kita ???"


Berikutan satu kisah perkahwinan 6 minggu yang berakhir dengan kekecewaan setelah si suami curang menjadi viral hari ini, kini seoarang individu kononnya pihak lelaki pula tampil menceritakan kisah di sebelahnya.

Menggunakan akaun instagram @hidayatkamarr, dia tampil memulakan kisahnya dengan ayat "Kepada bekas isteri saya, @electrictomato".

Di dalam posting instagram itu, hidayatkamarr mengucapkan 'tahniah' kepada bekas isterinya itu kerana berjaya menyebarkan cerita di pihaknya dan menyebabkan orang ramai memandang buruk terhadap dia dan seorang lagi perempuan yang terlibat.

Selain itu, hidayatkamarr juga turut menyatakan cerita yang diceritakan itu sangat berjaya sehingga wanita itu mendapat ugutan di sekolah.

Di ruangan komen, pengguna instagram _adiekamal_ mempersoalkan kenapa hidayatkamarr masih berkahwin dengan bekas isterinya itu, hidayatkamarr menjawab ia disebabkan oleh keluarga di pihak bekas isterinya.

"Cubalah(larikan diri) apabila telah dipaksa oleh keluarganya. Apabila saya melakukan solat dan saya memberitahu ibubapanya dia bukan yang saya nampak. Dan mereka masih mahu perkahwinan itu diteruskan. Cuba beritahu apa yang patut dilakukan", tulisnya.

Oleh kerana kami sudah menyiarkan kisah di sebelah bekas isterinya, rasaya perlu bagi kami untuk memaparkan kisah di sebelah lelaki pula supaya adil. Baca dan anda nilai sendiri.


Load disqus comments

0 comments