Friday, May 22, 2015

“Ya! Kak Ton Adalah Ibu Saya” – Nadia


Baru-baru ini, gambar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar, telah menjadi viral di laman sosial ekoran ramai yang mahu mendapatkan kepastian berkenaan hubungannya dengan Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama Kak Ton.
Melalui akaun instagram miliknya, Gadis yang mempunyai darah campuran Thai- Melayu ini sekali lagi memuatnaik gambar dirinya bersama Kak Ton untuk tatapan ramai.
Dengan kapsyen yang seakan-akan memberi amaran kepada nitizen yang gemar meninggalkan komen yang kurang sopan, Nadia dengan tegasnya menyatakan bahawa Kak Ton adalah ibu kandungnya.
Akui rimas dengan soalan yang sama diajukan kepada dirinya, Kekasih hati penyanyi kelahiran Indonesia, Sammy Simorangkir ini berharap dengan penjelasannya buat sekian kalinya ini dapat menoktahkan segala tanda tanya yang timbul sejak kebelakangan ini.
Load disqus comments

0 comments