Saturday, May 23, 2015

VIDEO: Perbahasan isu Rohingya, MP Titiskan Air Mata Di Parlimen


Parliman semalam telah membahaskan isu pelarian Rohingya yang manjadi satu isu besar sekarang ini di mana mereka sedang terapung di Selat Melaka selepas lari daripada Myanmar.

Turut membahaskan isu ini adalah Dr Siti Mariah Mahmud (PAS - Kota Raja), semasa membahaskan perkara tersebut, Siti MAriah dilihat tidak dapat mengawal perasaannya apabila menitiskan air mata.
Di dalam ucapannya beliau mempertikaikan peranan masyarakat antarabangsa termasuk pemenang Hadiah Keamanan Nobel Aung San Suu Kyi yang dilihat tidak langsung memperjuangkan hak-hak orang Rohingya.

"Semasa Aung San Suu Kyi berhadapan dengan rejim Junta tentera Burma, seluruh dunia memberi tekanan kepada Burma dimana beliau telah dikenakan sekatan dan perbicaraan rumah kerana mempertahankan hak demokrasi rakyat Burma,"

Seharunya, beliau (Aung San Suu Kyi) tidak perlu takut kerana seluruh dunia akan bersamanya, oleh kerana isu rohingya ini akan memakan masa yang panjang sebelum mereka dapa tpulang ke negara mereka maka Malaysia perlu memdokumentasikan meraka dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka," katanya.
Beliau turut memberi cadangan agar Malaysia memberhentikan pengambilan pekerja luar negara dan menggantikan mereka dengan pelarian Rohingya yang sudah ada di negara kita. - Siakapkeli.my
Load disqus comments

0 comments