Tuesday, May 26, 2015

Kubur Besar Pelarian Di Temui di Sempadan Malaysia-Thailand


Beratus-ratus mayat dikhuatiri ditanam di dalam deretan kubur yang ditemui di kem-kem yang telah ditinggalkan oleh pelarian Islam Rohingya di sempadan Malaysia-Thailand.

Ini adalah kali kedua dalam tempoh kurang sebulan dari kubur telah digali di kawasan itu. Pada awal Mei sebelum ini, polis Thailand mendapati sekurang-kurangnya 33 mayat dikebumikan di dalam kubur yang tidak berapa dalam, atau sekadar hanya berbaring di atas tanah di bawah selimut.

Kali ini, skala kekejaman yang ditemui lebih buruk lagi. Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) di Thailand berkata, mungkin terdapat beratus-ratus lagi mayat yang ditanam di bawah tanah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Aktiviti kumpulan pemerdagangan manusia ini telah bertahun-tahun beroperasi membawa pelarian yang menjadi tawanan dan turut memeras wang tebusan daripada keluarga mereka. Kebanyakan mangsa merupakan warga Bangladesh yang mencari pekerjaan dan umat Rohingya Islam yang melarikan diri dari Myanmar. Kaum Rohingya merupakan salah satu ethnik minoriti yang paling terancam di dunia.

Menteri Dalam Negeri Malaysia, Zahid Hamidi, berkata kepada pemberita pada hari Ahad bahawa polis akan cuba untuk mengenal pasti kubur-kubur tersebut. "Saya terkejut," beliau dilaporkan sebagai berkata. "Kami mungkin akan mencari lebih banyak mayat dikawasan sekitar."

Mayat-mayat ini dikatakan telah ditemui berhampiran Padang Besar dan Wang Kelian di negeri Perlis, Malaysia.
Load disqus comments

0 comments