Penyanyi Soo Wincci. Tindakan berani Soo Wincci wajar dipuji keran bukan semua punyai keberanian untuk bersuara tambah lagi terhadap PM Najib, silap hari boleh undang padah!
Kecoh juga apabila ramai yang cuba menentang PM Najib. Ekoran tidak puas hati dengan cara pimpinan yang dibawa oleh beliau, ramai pihak yang menggesa agar beliau meletak jawatan!
Malah tidak terkecuali penyanyi Soo Wincci. Tindakan berani beliau ini adalah kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran PM Najib.
Untuk pengetahuan, beliau telah memuat naik video dimana telah mendesak PM Najib agar meletak jawatan.
Bagaimanapun beliau akui sebelum memuat naik video tersebut, beliau telah pun bersedia menghadapi segala kemungkinan.
"Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri”
Pada masa sama, dia turut mendesak Najib meletak jawatan segera memandangkan sudah lama perdana menteri itu mentadbir negara selain begitu selesa dengan kedudukannya sekarang."Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita pada masa akan datang,” jelasnya sambil menyatakan dia bersedia jika dilucut taraf kerakyatan.
0 comments