Wednesday, September 2, 2015

Padah Mencuri, Wanita Sarat MengandungTerima Habuan!

#KesJenayah - Wanita ini dibelasah teruk gara-gara mencuri, kejadian seperti ini sepatutnya tidak berlaku dimana masyarakat menjatuhkan hukuman sendiri seseuka hati.

Walaupun seseorang individu itu mencuri namun tindakan masyarakat dengan mengambil jalan sendiri dengan menjatuhkan hukuman tidak sewajarnya berlaku.

Namun inilah yang berlaku terhadap wanita ini. Akibat mencuri, beliau telah diikat di sebuah tiang serta dibelasah oleh penduduk kampung Zhejiang China.

Lebih teruk, wanita ini diperlakukan sedemikian dalam keadaan dirinya yang sedang sarat mengandung.

Wanita ini dikatakan telah mencuri wang sebanyak RM6000 di dalam sebuah rumah di situ hujung bulan lalu.

Menurut laporan, wanita terbabit telah memulangkan semula wang yang dicuri dan penduduk kampung telah memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya serta membuat laporan polis memandangkan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

Walaubagaimanapun, keputusan penduduk berubah selepas wanita itu kembali 10 hari kemudian dan bertindak menjatuhkan hukuman dengan cara mereka sendiri.

Wanita malang itu diikat di sebuah tiang besar dengan tangannya di belakang dan penduduk di situ mula memukul, menendang serta menamparnya sehingga pengsan.
Video yang mula viral di sana itu telah mendapat perhatian pihak polis. Individu yang bertanggungjawab memukul serta membelasah wanita itu ditahan selama 8 hari dan dikenakan saman sebanyak RM200.


Load disqus comments

0 comments