Tuesday, July 7, 2015

[VIDEO] NGERI !!! Lelaki Ditembak Mati Oleh Polis Kerana Mengeluarkan Pistol Palsu


Bodoh! Itulah perkataan yang sesuai dikatakan kepada lelaki ini. Seorang lelaki yang dipercayai mencuri minuman keras di sebuah restoran ditembak mati oleh polis Amerika Syarikat. Lelaki ini mengeluarkan pistol palsu apabila polis cuba menahannya.

Disebabkan tindakan bodohnya itu, seorang polis melepaskan berdas-das tembakan ke arahnya kerana terkejut dengan tindakan lelaki itu mengeluarkan pistol.

Kaylynn dikatakan cuba membuat bantuan pernafasan udara namun James telah mati di tempat kejadian, video tersebut telah dirakam melalui kamera yang diletakkan di badan (body-cam) Kaylynn.

Video yang menunjukkan detik cemas yang dihadapi dua orang polis itu telah dikeluarkan pihak berkuasa sebagai bukti atau keterangan untuk membela polis tersebut kerana menembak suspek sampai mati.


Pihak polis kemudiaannya diberitahu pistol yang dikeluarkan oleh James itu adalah palsu yang kelihatan sama seperti pistol Colt 1911 dan mereka juga masih tertanya-tanya kenapa James bertindak sedemikian.

Kedua-dua polis itu iaitu Sarjan Gabriel Green dan pegawai Kaylynn Griffin kini terlepas daripada tuduhan kerana terdapat bukti yang menunjukkan mereka tidak bersalah dalam video tersebut.
Load disqus comments

0 comments