Thursday, July 16, 2015

Penjelasan Ketua Polis Negara Selepas Dituduh Berbohong Oleh Peguam


KUALA LUMPUR - Tindakan peguambela tertuduh yang didakwa mencuri di Plaza Low Yat, Sabtu lalu, dikatakan mempunyai niat yang tidak baik dengan mendakwa Ketua Polis Negara berbohong.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz atau Buzze Azam memang akan melakukan apa saja untuk memberikan gambaran kepada anak guamannya tidak bersalah.

"Orang kena tangkap boleh cakap apa saja untuk melepaskan diri. Kalau kita nak percaya orang yang positif dadah dalam air kencing. Peguam ada niat lain, niat tak baik," katanya. 

Buzze Azam sebelum ini mendakwa Ketua Polis Negara berbohong pada kenyataan medianya di Plaza Low Yat yang mengatakan tertuduh mencuri bersama dengan rakannya. Menurut Buzze Azam, Shahrul hanya berseorangan, tiada melibatkan mana-mana rakannya.

Buzze Azam turut mengemaskini status Facebooknya dengan mengatakan Tan Sri Khalid ada menggelarnya bodoh.

Sumber: MyMediaHub

Load disqus comments

0 comments