Wednesday, July 8, 2015

Ibu Semakin Gila,Bayi Di Kerat 6 Di Kedah

ALOR SETAR – Seorang wanita berusia 31 tahun bertindak kejam apabila sanggup memotong bayi yang baru dilahirkannya kepada lebih enam bahagian sebelum membuangnya ke dalam lubang tandas dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Manggol, Jitra dekat sini kelmarin.


Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd. Rahim Abdullah memberitahu, suspek dipercayai melahirkan bayi tersebut kira-kira pukul 1 petang kelmarin di rumah datuknya di Kampung Manggol.
Kata beliau, sebelum melahirkan bayi berkenaan, suspek mengadu sakit pinggang kepada ibunya dan dia dibawa ke sebuah klinik di Jitra dan suspek memaklumkan kepada keluarga, dia hanya mengalami angin dan kurang gula dalam darah.
“Apabila suspek balik ke rumah datuknya, dia makan ubat dan terus tidur sebelum pada pukul 1 petang semalam (kelmarin) suspek bangun dan beritahu hendak buang air besar.
“Lebih kurang sejam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu datang haid dan tidur semula hingga waktu berbuka,” ujarnya.
Menurut Abd. Rahim, bagaimanapun suspek yang mengalami pendarahan dibawa ke sebuah klinik di Jitra sebelum dirujuk ke Hospital Jitra.
Ujar beliau, pihak hospital kemudiannya melaporkan kejadian kepada pihak polis dan hasil siasatan menemui tubuh bayi dalam keadaan yang telah dipotong kepada enam bahagian dipercayai menggunakan senjata tajam di dalam tangki najis.
“Ada beberapa lagi bahagian badan bayi masih belum dijumpai. Enam bahagian bayi yang ditemui akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
“Suspek ditahan di Hospital Alor Setar kerana mengalami pendarahan,” jelasnya.
Load disqus comments

0 comments