Wednesday, July 1, 2015

Alhamdulillah, Yaya sudah mula senyum dan banyak berkomunikasi!..

Kota Bharu – “Alhamdulillah, Yaya sudah mula senyum dan hari ini (semalam) pun banyak berkomunikasi dengan kami,” kata Roslilawati Yusof, 32, ibu saudara kepada budak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera ketika dalam jagaan bapa kandung dan ibu tirinya di Rantau Panjang.


Alhamdulillah, Yaya sudah mula senyum dan banyak berkomunikasi!..
Alhamdulillah, Yaya sudah mula senyum dan banyak berkomunikasi!..
Kelmarin, kanak-kanak itu menjalani pembedahan memperbetulkan usus yang berlipat kesan penderaan selama enam bulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

Menurut Roslilawati, walaupun sudah mula berkomunikasi, Yaya dilihat masih trauma dan hanya mahu didekati ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, ahli keluarga terdekat dan doktor merawatnya.

“Dia lebih rapat dengan Sana dalam tempoh ini walaupun nampak trauma. Sana juga banyak meluangkan masa dan bersembang dengan dia setiap hari sepanjang di hospital.

“Nampak perubahan dia sedikit demi sedikit. Dia semakin segar dan sihat, tapi disebabkan pembedahan semalam (kelmarin) dia masih belum dapat makan makanan pepejal.

“Tunggu sedikit masa lagi,” katanya.

Sana yang turut ditemui ketika menyambut kunjungan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob enggan ditemu bual.

Terdahulu, Ahmad meluangkan masa melawat mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.

Ahmad berkata, masyarakat perlu peka dengan keadaan sekeliling dan mengambil tahu perkembangan jiran tetangga bagi mengelak kejadian sama berulang.

Katanya, mangsa terlalu kecil untuk menanggung derita dan berharap kecederaan dialaminya pulih segera.

“Buat masa ini pasukan perubatan berusaha memastikan kanak-kanak ini pulih daripada keadaan dialaminya dan saya berharap dia dapat membesar seperti biasa dan menikmati kehidupan ini.

“Kerajaan negeri bersedia menghulur bantuan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak ini,” katanya yang mahu pesalah dihukum seadilnya oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, tindakan mendera kanak-kanak di luar batas kemanusiaan dan pesalah perlu dibawa ke muka pengadilan, lapor Harian Metro

Load disqus comments

0 comments