Wednesday, September 2, 2015

Seorang Cikgu TERKEJUT Apabila Mengetahui Identiti Pengurus Jenazah Di Masjid Yang Dihadirinya !!

Siapa sangka pengurus jenazah yg berkopiah putih berbangsa Cina. Setelah jenazah dibawa naik, dia mendekati saya. Tanyanya, “Kenal saya tak?” Raut wajahnya saya kenali tetapi di mana kami pernah bertemu? ” Maaf Ustaz di mana kita pernah jumpa?” tanya saya. 

Dia tersenyum. Senyumannya ingatkan saya pada seorang murid Cina di Sekolah Menengah Monk’s Hill. 

1

“Saya Wei Ming lah Sir, ” dia memeluk saya. Kami berpelukan erat.
Wei Ming pernah nyatakan sewaktu di menengah 2 yg “aku nak masuk islam”.

Hari ini lidahnya fasih bercakap Melayu. Dia mengingatkan kami cara melaksanakan solat jenazah. Dia berucap sebelum jenazah dibawa ke Pusara Aman.
Semoga Allah membuka hati kita utk menjadi sebaik Wei Ming. Amiin.

UPDATE

“Menguruskan jenazah memberikan ketenangan kepada saya,” kata Wei Ming di hujung talian tadi.

“Saya juga rasakan keindahan Islam bila uruskan jenazah,” tambahnya.”
“Awak di mana sekarang?” tanya saya di dalam perut kereta.

“Di pejabat Cikgu. Sedang ‘top-up’ kelengkapan. Dulu saya ‘sidekick’. Sekarang saya jadi tenaga utama,” ada keceriaan pada suaranya……

2

CG Karmin Abbas
19 Ogos 2015
Woodlands
Load disqus comments

0 comments