Wednesday, September 2, 2015

'Orang Malaysia Suka Mati Cepat' - Peniaga Vape China


Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Tuah FX, telah berkunjung ke Guangzhou, China, berkongsikan perbualannya dengan seorang peniaga rokok elektronik di laman sosial. 

"Saya baru balik dari Guangzhou, China pada 26 Ogos 2015, jam 4 pagi. Nak cerita sikit pasal vape ni.

"Di Guangzhou, ada banyak kedai yang jual vape ini. Di tepi-tepi jalan pun banyak. Harga belian di sana dalam RM15 - RM35. Di Malaysia, sekitar RM200.

"Saya bertanya kepada seorang peniaga vape. Katanya permintaan pengguna dari Malaysia sangat banyak. Boleh dikatakan hari-hari ada saja order yang masuk. Saya bertanya lagi.

"Jika hari-hari ada saja tempahan baru dan menggalakkan dari Malaysia, mengapa orang di negara China sendiri tidak menggunakan vape?"

"Nak tahu apa jawapannya?

"Orang Malaysia suka mati cepat. Ini vape sangat membahayakan. Orang di sini tidak guna vape kerana mereka semua ingin hidup lama," katanya.

Dalam hati, "Dia ni nak menjual ke nak bagi jatuh company majikan dia?" 

"Pengajarannya, China jual produk untuk muslim tetapi mereka sendiri tak berani nak guna vape. Korang yang ada akal, fikirkanlah sendiri. Saya cuma sekadar menyampaikan sahaja,' kata Tuah FX.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Load disqus comments

0 comments