Saturday, September 5, 2015

Komen Pedas 'Belajar Tinggi-Tinggi Tapi Jaga Anak Di Rumah Saja?'

Jaga anak
Setelah 4 tahun berhenti kerja untuk menjaga anak dan bekerja dari rumah, ini adalah apa yang saya rasa:
1. Jadi suri rumah, jaga anak memang 200% ganda lebih penat dan stress daripada bekerja.
2. Susah nak dapat masa untuk diri sendiri. Semasa tengah mandi pun ada penonton. Kalau tutup pintu, ada yang ketuk pintu tanpa henti sampai telinga kita bingit dan akhirnya terpaksa membuka pintu. Bila buang air, ada saja orang di sebelah tolong flushkan adalah perkara biasa.
Sebab? Anak yang 24 jam duduk dengan mak ini manjanya lain macam. Melekat tak boleh berenggang. Tak mengapa, dah besar nanti okaylah. Tak lama dah.
3. Kadang-kadang akan terasa bosan sebab tiap-tiap hari rutin yang sama. Bangun, kemas rumah, masak, cuci pakaian, rumah berselerak kemas semula, lipat baju, terkejar-kejar antara kerja rumah dan bisnes. Paling bosan ialah kemas rumah. Berkali-kali sehari sebab saya jenis yang tak boleh tengok rumah berselerak. Paling penting semasa suami pulang, rumah wajib bersih. Anak-anak pun dah tahu. Kalau saya kata papa nak sampai, mereka tidak akan menyelerakkan rumah lagi. Papa dah sampai, baru boleh sambung projek selerakkan rumah.
4. Jadi suri rumah, kita akan berasa sunyi, tiada kawan. Semasa kerja dulu, masuk kerja jumpa orang, sembang, makan sama-sama. Jadi suri rumah, sembang dengan anak, dengan televisyen, sembang di WhatsApp dan makan seorang diri sambil layan Facebook. Masa jemput anak balik dari sekolah, dapatlah berjumpa dengan mak-mak atau nenek yang ambil anak. Dapatlah bersembang dalam 10 minit. Bila suami cerita makan-makan dengan officemate, kadang-kadang rasa cemburu.
5. Jadi suri rumah, tak ada cuti atau cuti rehat. Berlainan semasa kerja dulu, kalau sakit boleh ambil MC. Hantar anak di taska dan berehat di rumah. Sekarang? Sakit-sakit pun kena layan anak buat sarkas. Takdenya nak dapat rehat tidur dengan tenang dan bahagia.
6. Bila jadi suri rumah sepenuh masa, dah bertahun-tahun tak berdating dengan suami. Berbeza semasa bekerja dulu kami ambil cuti sehari, pergi jalan-jalan tengok wayang. Anak di taska. Sekarang, dah tak merasa. Rindu moment itu. Tapi tak apa, anak-anak dah sekolah nanti boleh repeat semula.
7. Jadi suri rumah, orang akan pandang rendah pada kita.
“Belajar tinggi-tinggi tapi jaga anak di rumah je? Dulu selepas SPM tak dapat offer masuk universiti ke? Tak kerja, tak takut ke kalau suami buat hal? Nanti terkontang-kanting kena tinggal.”
“Syoklah dapat duduk rumah tak payah kerja. Relax-relax je main dengan anak,”
Malah mertua saya pernah terkantoi, tak nak sebut saya suri rumah jaga anak. Saya senyum je. Tentang suami buat hal itu, apa yang kita fikir dan sebut itulah yang akan terjadi. Kalau takut nak berhenti kerja sebab takut suami buat hal, nah, nanti betul-betul terjadi. Fikir benda baik, sebut benda baik, doa yang baik-baik, buat yang terbaik dan tawakal. Percaya kepada Kun fayakun.
8. Kadang-kadang, syaitan akan datang dan berbisik.
“Kalau tak resign dulu, sekarang gaji mesti dan beribu bilion. Bla.. bla… bla… berbaloi ke berhenti kerja jaga anak?”
Syaitan itu memang akan datang menjengah. Especially bila tengok kawan-kawan seangkatan naik pangkat, pakai baju cantik bergaya posing dalam bilik di pejabat. Just shake it off. Jangan dilayan. Halau syaitan itu supaya pergi jauh-jauh.
Sebab itu ada ustaz yang kata suri rumah adalah pekerjaan yang paling mulia bagi seorang wanita. Sebab memang bukan mudah, pengorbanan paling besar ialah meninggalkan kerjaya dengan jawatan dan gaji kita semata-mata untuk anak dan suami. Allah juga yang akan memberi balasan untuk saya di syurga nanti. InshaAllah. – Perkongsian Dari FB CIK PUAN NURUL
Load disqus comments

0 comments