Tuesday, June 23, 2015

‘Haaa! Nampak Tak Polis Ambil Durian Percuma?’

Nampak Tak Polis Ambil Durian Percuma

‘Haaa! Nampak Tak Polis Ambil Durian Percuma?’ | Seorang pengguna Facebook yang dipercayai berbangsa Cina telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan tindakan dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyalahgunakan kuasa.
Menerusi video berdurasi 1 minit 14 saat itu, dua anggota PDRM yang didakwa menyalahgunakan kuasa tersebar sedang memilih buah durian telah menjadi viral di Facebook.
Menurut lelaki yang merakam video itu mendakwa dua anggota itu tidak dikenakan sebarang barangan atas beberapa biji durian yang telah dibungkus dan diletakkan dalam kereta peronda.
“Nampak tak? Haaa! Polis Malaysia memang hebat.
Tangkap penjenayah tak hebat, tetapi ambil benda rasuah memang hebat. Kalau tak ada ‘balasan’ memang teruklah kau. Datang tapau durian tanpa perlu membayar apa-apa. Percuma! Percuma!
“Makanan percuma, letak dalam kereta, nampak tak rakyat sekalian? Inilah sikap polis Malaysia. Kat sini ada seorang lagi siap ambil makan lagi,” katanya.
Load disqus comments

0 comments