Tuesday, March 24, 2015

Pemilik Kereta Alza Nafi Terlibat Kes Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan


Berikutan tersiarnya video penumpang Alza WA 5367 W bewarna ungu yang menunjukkan seorang penumpang keluar dan mencuri beg tangan mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya di atas lebuhraya PLUS berhampiran Senawang, tuan kereta tersebut telah tampil menafikan.
Pemilik kereta tersebut, Puan Nur Azura telah tampil menafikan beliau terlibat dalam kejadian tersebut dan menyertakan satu laporan polis.

Beliau mendakwa kereta tersebut telah dipinjam oleh adiknya untuk menghantar kawan yang bernama Aki ke Melaka.

Semasa sampai di atas Lebuhraya PLUS terdapat satu kemalangan dan tanpa disedari kawannya bernama Aki itu telah turun dan mengambil beg mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya,


Berdasarkan laporan polis, Aki telah meminta adik puan Azura memberhentikannya di mana-mana sahaja dan beliau mengambil keputusan memberhentikan Aki di sebuah Stesen Minyak di Ayer Keroh, melaka.
Tujuan laporan dibuat adalah untuk menafikan pemilik kereta tidak terlibat dalam kejadian ini dan mahu polis mengambil tindakan kepada Aki.

 
Load disqus comments

0 comments