Saturday, March 28, 2015

MISTERI: Budak 2 Tahun Seharian Hilang Dalam Hutan Berdekatan Rumah

MISTERI: Budak 2 Tahun Seharian Hilang Dalam Hutan Berdekatan Rumah | Kanak-kanak berusia dua tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar bermain di sekitar rumahnya di Kampung Tolokoson Kemabong, dekat sini, ditemui selamat.
MISTERI: Budak 2 Tahun Seharian Hilang Dalam Hutan Berdekatan Rumah
Kehilangan mangsa, Healezery Zeandfly Henderi disedari keluarganya selepas dikatakan tidak pulang ke rumah petang semalam sebelum bertindak menghubungi bomba pada 8.13 malam tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk gerakan mencari.
MISTERI: Budak 2 Tahun Seharian Hilang Dalam Hutan Berdekatan Rumah
“Bagaimanapun, mangsa gagal ditemui menyebabkan operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 11.48 malam tadi.
“Operasi yang disambung semula pagi tadi berjaya menemui mangsa di hutan dalam keadaan bersendirian pada 10.25 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
MISTERI: Budak 2 Tahun Seharian Hilang Dalam Hutan Berdekatan Rumah
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan ditemui tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini.
Load disqus comments

0 comments