Sunday, August 31, 2014

Tahukah anda? Mengapa Orang Gila Tak Pernah Sakit??

Perkara ini jarang difikirkan oleh kita semua, namun itulah hakikatnya knapa orang tidak waras selalu sihat. Untuk itu mari kita berfikir & mencari jawapanya. 


Mengapa orang gila tidak pernah atau jarang sakit & mungkin fakta dibawah ini adalah beberapa versi jawapan dari pertanyaan tersebut.

Tidak pernah memilih. Orang gila tidak pernah sakit kerana tak berfikir macam-macam. Memakan apa sahaja makanan yg boleh makan. Tidak seperti kita selalu banyak pilihan, sudah ada nasi goreng masih mencari ayam goreng & masih banyak contoh yang lainya.

Menerima seadanya. Orang gila itu selalu qona'ah atau menerima apa-apa sahaja pemberian daripada Allah. Tidak pernah menuntut macam2. Tidak seperti kita, yg sudah punya basikal ingin motor. Sudah ada motor nak kereta pula, sudahnya hutang keliling pinggang terkumpul & akhirnya membuat seseorang terlalu banyak fikiran dan jatuh sakit.

Sentiasa sentum. Orang gila itu selalu bahagia, buktinya mereka slalu nampak tersenyum, betul tak? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan damai. Semuanya ceria sentiasa. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu hanyalah sebagai hiburan yang menyenangkan. Dia sentiasa nampak ceria, selalu gembira dan tersenyum. 

Apa yang boleh kita pelajari ialah, jadilah "Orang Gila", tapi jangan berfikir negatif dulu, maksudnya jadilah manusia yang Qona'ah atau menerima apa yang diberikan oleh Allah kepada kita, tak usah nak berangan macam-macam kalau memang kita tidak mampu.

Selalu tersenyum agar hati kita bahagia, mudah-mudahan dengan begitu akan membuat kita selalu sihat.

Sumber: Akuanakpahang.blogspot.com
Load disqus comments

0 comments